Tesla Model 3, Model S sebagai kereta rasmi Datuk Bandar Düsseldorf

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada cita-cita untuk menjadi sebuah bandar neutral iklim pada tahun 2035, Düsseldorf mahu menunjukkan contoh terbaik dengan menggunakan kereta yang lebih mesra alam untuk kegunaan Datuk Bandarnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk peringkat awal, dua buah model kenderaan elektrik telah diperoleh, iaitu Tesla Model S dan Tesla Model 3 yang bakal menjadi kenderaan rasmi untuk kegunaan Datuk Bandar Düsseldorf, Dr. Stephan Keller.

Tesla Model S dan Tesla Model 3 yang diperoleh oleh bandar Düsseldorf itu bukanlah dibeli, sebaliknya disewa untuk tempoh selama tiga tahun, menurut laporan daripada laman web Tesmanian.

Menurut Keller, "peralihan kepada sistem pengangkutan alternatif adalah kunci untuk mencapai kualiti udara yang lebih baik untuk bandar kami.

Bandar Düsseldorf kini mempunyai 583 kenderaan rasmi, dan 81 unit daripadanya merupakan kenderaan elektrik.

Sumber: Tesmanian

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…