Tesla Model 3 meletup selepas berlanggar, pemandu disyaki guna mod Autopilot

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kejadian kemalangan yang dilaporkan di Moscow, seorang ahli perniagaan bersama keluarganya nyaris maut selepas Tesla Model 3 yang dipandunya berlanggar dengan sebuah trak di lebuhraya berdekatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut laporan awal, ahli perniagaan tersebut, Alexey Tretyakov disyaki menggunakan mod Autopilot sejurus sebelum kejadian. 

Walaubagaimanapun, beliau bersama ahli keluarga hanya mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa. 

Tesla Model 3 (sesetengah media Russia melaporkan Model S) didapati meletup dan terbakar tidak lama selepas kemalangan tersebut. 

 


Insiden letupan tersebut turut dirakam oleh pengguna jalan raya arah bertentangan di mana keadaan jalan raya masih lagi sesak dengan kenderaan. 

Tesla dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menyeru para pemandu supaya kekal bersedia walaupun mod Autopilot dipasang ketika pemanduan. 

Namun, berdasarkan kes-kes kemalangan yang direkodkan, ternyata para pengguna Tesla 'terlalu mempercayai' keupayaan Autopilot yang penulis sendiri percaya ia masih lagi belum cukup sempurna untuk digunakan di atas jalan raya. 

Harus diingatkan, ciri keselamatan yang diperkenalkan bukanlah bertujuan untuk menggantikan sepenuhnya peranan pemandu, akan tetapi ia lebih kepada membantu kita bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. 

 


Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…