Tesla Model 3 laku keras, hampir tersenarai 10 terlaris pada Sept '19 di Eropah

oleh Muhammad Md Tajudin|
JATO, sebuah badan yang membekalkan maklumat mengenai industri kenderaan baru sahaja mengeluarkan laporan tentang prestasi jualan kereta penumpang di Eropah untuk bulan September 2019.

Secara keseluruhan prestasi jualan berada di dalam keadaan baik dengan 1.29 juta unit kereta didaftarkan pada September 2019.

Peneraju jualan ialah Volkswagen dengan jumlah sebanyak 117,359 unit dan disusuli Mercedes-Benz dan Ford masing-masing sebanyak 88,011 unit dan 86,198 unit.

Model terlaris ialah Golf dengan jualan sebanyak 32,398 unit pada bulan September 2019. Ini perkembangan luar biasa kerana Golf serba baharu bakal dilancarkan hanya satu bulan selepas itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jato September 2019

 

Di kedudukan kedua ialah Vauxhall Corsa sebanyak 28,453 unit dan diikuti Renault Clio berjumlah 24,895 unit.

A-Class dari Mercedes-Benz pula berjaya menambat hati ramai dengan jualan sebanyak 22,540. Angka tersebut adalah tinggi untuk model premium.

Di sebalik laporan pencapaian itu, ada satu model yang hampir berada di dalam kelompok sepuluh teratas.

Model kereta yang dimaksudkan ialah Tesla Model 3 yang hanya beberapa mata di belakang Renault Captur. Model 3 memperolehi 17,505 unit berbanding Captur yang mencatat 17,722 unit jualan.

 

Tesla Model 3

 

Ini adalah satu prestasi hebat untuk sebuah model kenderaan bateri elektrik (BEV). Di sebalik prestasi tersebut ialah peningkatan pendaftaran kenderaan BEV sebanyak 119 peratus kepada 40,700 unit.

Pendaftaran baharu kesemua model Tesla ialah sebanyak 19,500 unit dan ia lebih daripada separuh jualan BEV.

Tesla Model 3 adalah BEV terlaris dan berada di kedudukan ke-11 pada bulan September. Ia juga kereta elektrik pertama di dalam sejarah yang berjaya menghampiri kedudukan sepuluh terbaik ranking jualan.

Di United Kingdom harga Tesla Model 3 selepas geran kerajaan bermula dari GBP£38,900 (RM208,724) hingga GBP£56,900 (RM305,307).

Berikut ialah senarai sepuluh model terlaris pada September 2019:

  1. VW Golf - 32,398 unit
  2. Vauxhall Corsa - 28,453 unit
  3. Renault Clio - 24,895 unit
  4. Mercedes-Benz A Class - 22,540 unit
  5. Ford Fiesta - 22,236 unit
  6. Ford Focus - 21,544 unit
  7. Nissan Qashqai - 19,748 unit
  8. Toyota Yaris - 17,795 unit
  9. Citroen C3 - 17,757 unit
  10. Renault Captur - 17,222 unit
  11. Tesla Model 3 - 17,505 unit

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Sumber: JATO

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…