Tesla memperoleh 8 kali ganda keuntungan setiap kereta berbanding Toyota

oleh Penyumbang Rencana|
Toyota merupakan jenama yang terkenal dengan hasil jualan yang mendahului jenama lain sama ada di pasaran Malaysia dan pasaran dunia. Kualiti dan ketahanan dari Toyota membuatkan jenama itu sentiasa menjadi pilihan pengguna yang mementingkan kereta dengan nilai berbaloi.

Baru-baru ini, laporan dari Nikkei Asia menunjukkan bahawa Tesla memperoleh keuntungan lapan kali ganda bagi setiap kenderaan berbanding Toyota pada bulan Julai-September, walaupun Toyota dijual lebih dari 7 berbanding 1 kepada Tesla.

Tesla melaporkan mereka memperoleh keuntungan bersih sehingga 3.29 bilion USD pada bulan Julai-September berbanding Toyota yang memperoleh 3.15 billion USD, membuatkan Tesla memperoleh 8 kali ganda keuntungan berbanding Toyota.

Pada suku ketiga, keuntungan jenama gergasi Jepun itu menyusut akibat beberapa faktor, antaranya ialah termasuk peningkatan kos bahan dan elektrik untuk pembekalnya. Kos tambahan ini menyebabkan keuntungan Toyota berkurang sebanyak 3.07 billion USD.

Toyota juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan sehingga 663 juta USD selepas menghentikan operasi mereka di Rusia akibat konfilk Rusia-Ukraine.

Kota Yuzawa di Goldman Sachs Japan berkata, "Penurunan keuntungan pada Julai-September tidak bersamaan dengan penurunan dalam potensi pendapatan sebenar Toyota". Toyota mendahului dari segi keuntungan operasi, sebanyak 4.08 bilion USD berbanding Tesla sebanyak 3.69 bilion USD.
 

bz4x


Sebahagian besar kejayaan Tesla terhasil daripada keuntungan setiap keretanya. Kumpulan Toyota menjual 2.62 juta unit kereta pada suku tersebut, 7.6 kali ganda lebih banyak berbanding Tesla dengan 344,000 unit.

Tetapi, keuntungan bersih Toyota bagi setiap kereta mencecah sekitar 1,200 USD, hanya satu perlapan daripada setiap kereta Tesla iaitu 9,570 USD. Hal ini membolehkan Tesla menerajui industri dari segi keuntungan bersih setiap kenderaan yang dijual, malah mendahului saingan besar seperti Mercedes-Benz.

Satu-satunya kereta elektrik yang dihasilkan Toyota secara besar-besaran ialah model bZ4X, agak sukar untuk melawan Tesla yang sememangnya memfokuskan penghasilan kenderaan elektrik, seperti Model Y dan Model 3 menyumbang 90 peratus jualan mereka.

Toyota mensasarkan untuk menjual 3.5 juta kereta elektrik menjelang tahun 2030. Buat masa ini, kereta elektrik masih menghadapi beberapa masalah untuk dijadikan keutamaan kepada pengeluar kereta. Hal ini kerana, infrastruktur pengecasan yang masih tidak mencukupi dan kos bateri yang sangat mahal.

Pegawai tertinggi Toyota berkata, "Di kawasan yang sangat bergantung kepada bahan api fosil, EV bukanlah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida". Bagi mengatasi perkara ini, kemajuan teknologi selanjutnya diperlukan, seperti pengunaan bahan api alternatif iaitu hidrogen.

Sumber: Nikkei Asia

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam tiga bulan terakhir tahun 2022, pembuat kereta elektrik mewah itu sudah menghantar 405,278…
Berita Global
Reuters melaporkan, Suruhanjaya Perdagangan Korea (KFTC) berkata, Tesla sengaja membuat dakwaan…
Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…