Tesla masuk Malaysia secara rasmi 20 Julai ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah didedahkan ketibaannya oleh kerajaan beberapa bulan lepas, Tesla akhirnya bakal membuat debut rasmi di pasaran Malaysia pada 20 Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu disahkan sendiri melalui akaun rasmi Instagram Tesla Malaysia yang baru muncul, bersama jemputan rasmi yang kami terima, dimana pelancarannya akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Julai.

 

2

 

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan model mana yang akan dibawa masuk oleh Tesla ke pasaran Malaysia semasa pelancaran tersebut.

Namun Tesla Malaysia dijangka untuk membawa masuk dua model pertamanya iaitu Model Y dan Model 3, sama seperti di pasaran Singapura dan Thailand.

 

3

 

Pastinya yang menjadi persoalan utama ialah harga yang bakal ditawarkan oleh Tesla. Di pasaran Singapura, harga bagi Model Y bermula dari SGD87,990 (RM303,657) dan SGD75,990 (RM262,244) untuk model 3.

Manakala di pasaran Thailand pula harga bagi Model Y bermula dari THB1,959,000 (RM259,643) dan THB1,759,000 baht (RM233,000) untuk Model 3.

 

4

 

Selain membawa masuk model EV mereka secara rasmi ke pasaran Malaysia, Tesla juga bakal memperkenalkan rangkaian Supercharger mereka.

Seperti yang dikatakan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul sebelum ini, Tesla perlu memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger dalam tempoh 3 tahun, dan 30 peratus darinya mesti boleh digunakan oleh EV jenama lain.

 

 

Sumber: SoyaCincau melalui malaymail

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…