Tesla Malaysia lancar program "Refer & Earn"

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Malaysia telah melancarkan program rujukan "Refer and Earn" bagi menggalakkan lagi pemilikan kereta elektrik di pasaran Malaysia.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Dengan menyertai program rujukan tersebut, pelanggan dapat menikmati manfaat eksklusif menerusi rujukan untuk pelanggan kali pertama memesan dan membeli produk Tesla menerusi Akaun Tesla mereka.

Terdapat dua manfaat yang ditawarkan, iaitu Referral Credits dan Loyalty Benefits.

Menerusi Referral Credits, pelanggan akan menerima kredit berjumlah 5,000 sekiranya terdapat rakan atau ahli keluarga yang menggunakan pautan rujukan untuk membeli produk Tesla pertama mereka.

Sementara Loyalty Benefits pula menawarkan kredit sehingga 10,000 apabila pelanggan tersebut membeli produk Tesla yang sah menggunakan Akaun Tesla mereka.

Pemilik Tesla hanya perlu berkongsi mesej rujukan atau pautan daripada seksyen "Refer and Earn" di dalam profil aplikasi Tesla.

Peserta boleh menebus kredit untuk memperoleh manfaat daripada aplikasi Tesla, termasuklah kredit Supercharger, pakaian dan barangan Tesla serta bermacam-macam lagi.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi aplikasi Tesla, atau layari laman web www.tesla.com/en_my/event/tesla-referandearn-malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, Robot Tesla Optimus turut dipersembahkan untuk paparan eksklusif dan buat pertama kali…
Berita Domestik
Menurut sumber, Tesla pada masa ini hanya membincangkan mengenai stesen pengecasan, dengan…
Berita Domestik
Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3…