Tesla lancar pengecas rumah untuk semua pemilik EV

oleh Mohamad Hanif|
Tiada model EV Tesla tapi mahu cuba menggunakan produk Tesla?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat gergasi kenderaan elektrik itu kini melancarkan produk pengecas rumah Wall Connector tahap kedua (Level 2) yang didatangkan dengan palam J1772 dan harga bermula dari $415 (RM1,726).

Menurut Tesla, palam J1772 ini boleh digunakan pada semua jenis kenderaan elektrik dengan kuasa sehingga 9.6 kW dan kabel sepanjang 7.3 meter.
 

Tesla


Ia juga sesuai untuk dipasang di dalam rumah, mahupun di luar rumah.

Namun untuk pemilik Tesla yang masih mahukan pengecas ini, mereka memerlukan alat penyesuai yang khusus untuk kenderaan Tesla.
 

Tesla


Tesla masih lagi menyarankan para pemiliknya untuk menggunakan pengecas rumah Generasi ketiga yang kini didatangkan dengan sambungan Wi-Fi serta kelajuan pengecasan yang lebih pantas.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…