Tesla lancar Gigafactory Eropah, kapasiti 500,000 EV per tahun menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Michael Sohn/AP
Tesla baru-baru ini melancarkan secara rasmi pembukaan Gigafactory terbaharu yang terletak di Berlin, Jerman selepas dua tahun upacara pecah tanah dilakukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gigafactory Berlin turut merangkap sebagai hab produksi Tesla yang pertama di Eropah dengan nilai pelaburan berjumlah €5 bilion (RM23.65 bilion).

Dalam masa yang sama, CEO Tesla Elon Musk menyampaikan sendiri unit terawal model crossover elektrik Tesla Model Y yang dipasang di fasiliti itu kepada pelanggannya.
 

sumber gambar: Michael Sohn/AP


Buat masa ini, Gigafactory Berlin mempunyai kapasiti penuh pemasangan EV sebanyak 500,000 unit per tahun dan Tesla merancang untuk membuka sebanyak 12,000 peluang pekerjaan.

Menurut ramalan JPMorgan, Gigafactory Berlin ini mampu membina 54,000 unit EV pada tahun 2022, meningkat kepada 280,000 unit pada tahun berikutnya, dan sehingga 500,000 unit menjelang tahun 2025.

Pihak berkuasa tempatan telah memberikan kelulusan operasi pemasangan kenderaan kepada Tesla pada 4 Mac yang lalu setelah berpuas hati dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan termasuklah penggunaan air dan kawalan pencemaran udara.
 

Tesla


Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…