Tesla Kini Ada Paddle Pickleball Harga RM1,650

oleh Qalif Latif|
Jenama automotif elektrik terkenal, Tesla, kini tampil dengan satu lagi produk gaya hidup yang agak luar jangkaan. Tesla Plaid Pickleball Paddle ialah paddle pickleball prestasi tinggi hasil kolaborasi bersama Selkirk, iaitu jenama yang sudah lama dikenali dalam dunia pickleball profesional. Ini bukan produk cenderahati atau merch biasa.

Reka Bentuk & Pendekatan Kejuruteraan
Paddle ini direka menggunakan pendekatan kejuruteraan yang sinonim dengan Tesla. Bahagian leher paddle menggunakan rekaan open throat bagi mengurangkan rintangan angin semasa ayunan. Rekaan ini membantu menghasilkan ayunan yang lebih lancar dan stabil, terutama ketika melakukan pukulan laju dari baseline.

Dari segi visual, reka bentuknya ringkas, futuristik dan selari dengan identiti Tesla sebagai jenama berasaskan teknologi serta prestasi.

Tesla Plaid Pickleball Paddle

Material & Teknologi Digunakan
Permukaan paddle menggunakan teknologi InfiniGrit yang membantu kawalan bola serta penghasilan spin yang konsisten. Bahagian muka paddle pula diperbuat daripada Florek Carbon Fiber, memberi respons pantulan yang pantas dan ketahanan yang lebih baik untuk penggunaan jangka panjang.

Bahagian teras menggunakan PureFoam Core, yang memberikan rasa pukulan lebih solid, mengurangkan getaran, dan membantu kawalan bola, khususnya ketika permainan dekat jaring seperti dink dan drop shot.

Paddle ini turut dilengkapi sistem MOI Weights. MOI atau Moment of Inertia merujuk kepada tahap kestabilan paddle apabila bola terkena di luar titik tengah. Kestabilan yang lebih tinggi membantu mengurangkan putaran paddle di tangan dan meningkatkan konsistensi pukulan.

Tesla Plaid Pickleball Paddle

Spesifikasi Utama
Berat: 7.8 hingga 8.1 auns
Panjang: 16.4 inci
Lebar: 7.5 inci
Grip circumference: 4.25 inci
Grip length: 5.35 inci
Swing weight: 118
Twist weight: 6.2
Ketebalan: 16 mm
Surface material: InfiniGrit
Face material: Florek Carbon Fiber
Core material: PureFoam Core
Tuning system: MOI Weights

Apa Yang Disertakan
1 unit paddle pickleball
1 unit beg paddle

Tesla Plaid Pickleball Paddle
Tesla Plaid Pickleball Paddle membuktikan jenama ini bukan sekadar bermain dengan nama, tetapi benar-benar menerapkan pendekatan kejuruteraan dan prestasi ke dalam produk gaya hidup. Ia sesuai untuk pemain pickleball yang serius, atau peminat Tesla yang mahukan sesuatu yang unik dan berbeza daripada kebiasaan.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Global
Dasar baharu ini didedahkan oleh portal automotif InsideEVs, susulan perkongsian pempengaruh Tesla…