Tesla kini ada fungsi uji bunyi kentut (video)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembaharuan sistem aplikasi (software update) terbaharu untuk kenderaan Tesla telah memberikan tiga penambahan menarik untuk kereta EV tersebut.

Di bawah ialah tiga pembaharuan Easter Eggs yang telah dikongsi oleh pemilik-pemilik Tesla.

1. Mod Romantik
Video tempat pendiang akan muncul di skrin utama Tesla. Ia hanya boleh digunakan bila transmisi dalam kedudukan Park. Tekan huruf "T" pada skrin dan klik logo tempat pendiang pada folder Easter Egg.

2. Pole Position
Ini ialah permainan video Pole Position yang popular semasa zaman awal permainan video Atari. Seperti biasa, permainan ini hanya boleh diakses semasa transmisi dalam kedudukan Park dan butang-butang pada stereng menjadi butang kawalan permainan video ini.

3. Mod Ujian Asap (Kentut!)
Mod ini akan mengeluarkan bunyi kentut bila tempat duduk digunakan. Ini bermakna bila ada penumpang duduk, bunyi kentut akan dihasilkan.
Ada beberapa jenis bunyi kentut yang diberikan dalam sistem mengarut ini termasuk Not a Fart, Short Shorts Rapper, Falcon Heavy, Ludicrous Fart, Neurastink, Boring Fart dan lain-lain.

Di bawah ialah video seorang pemilik sedang menguji koleksi bunyi kentut tersebut. Bau tidak disertakan.



 

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…