Menariknya, Robot Tesla Optimus turut dipersembahkan untuk paparan eksklusif dan buat pertama kali di Malaysia, melengkapkan Model 3 dan Model Y yang ikonik Tesla.
Mulai hari ini hingga 11 Ogos 2024, orang ramai boleh mengalami teknologi termaju kenderaan Tesla dan melihat dengan lebih dekat reka bentuk anggun Tesla Optimus Robot.
Di samping barisan Model 3 dan Model Y sedia ada, Tesla turut mempunyai program kadar faedah rendah masa terhad untuk kenderaan tersebut.
Pelanggan boleh memiliki Model 3 Rear Wheel Drive pada kadar faedah sifar peratus dengan hanya RM 2,430 sebulan (Lebih kurang RM 81 sehari).
Manakala Model Y boleh dimiliki dari serendah RM1,810 sebulan (Anggaran RM 60/hari) dan terpakai kepada unit inventori.
Tesla Bot juga dikenali sebagai Optimus, ialah robot humanoid yang direka bentuk inspirasi dari bentuk manusia yang membolehkannya memanipulasi alatan manusia, membawa objek dan bekerja di kilang.
Tesla Bot menggunakan teknologi AI yang sama seperti kenderaan Tesla, membolehkannya mengemudi dunia dengan selamat dan cekap.
Layari https://www.tesla.com/en_my/event/pavilion-kuala-lumpur-2024 untuk butiran lanjut tentang acara tersebut.
Hubungi 1800810655 untuk menjadualkan temu janji rundingan dan pandu uji untuk mengalami teknologi canggih dan prestasi Tesla.