Tesla kalahkan Porsche di Nurburgring: bukan kereta standard

oleh HEZERI SAMSURI|
Baru-baru ini Tesla dikatakan telah memecah rekod Porsche Taycan dalam ujian-ujian persendirian di litar Nurburgring di Jerman.

Tesla Model S, model yang sudah lama itu dilaporkan telah membuat catatan masa 7 minit dan 23 saat, lebih pantas dari Porsche Taycan yang membuatnya dalam masa 7 minit 42 saat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, kritikan mula muncul kerana Tesla tidak menggunakan kenderaan standard untuk mencabar EV dari Porsche itu.

Gambar-gambar jelas menunjukan Model S yang digunakan telah mengalami modifikasi yang serius.

Menurut Stefan Baldauf, jurugambar popular yang sering mengambil gambar prototaip-prototaip yang diuji di Nurburgring, ruang kabin Model S itu telah dikosongkan dan hanya tinggal roll-cage dan tempat duduk pemandu.

 

 

"Cermin juga digelapkan, jadi tidak pasti apa lagi yang telah dilakukan di bahagian dalam kabin Tesla itu," ujar Stefan.

Tesla itu juga menggunakan tayar semi-slick yang hanya digunakan di litar sementara Porsche dilaporkan hanya menggunakan tayar standard biasa.

CEO Teslan, Elon Musk dengan segera memberi jawapan di Twitter dengan mengatakan spesifikasi Model S yang digunakan di Nurburgring itu akan ditawarkan kepada pelanggan dalam tahun 2020.

Tesla tidak memberikan sebarang komen rasmi akan ujian mereka di litar legenda tersebut.

Ini baharu Tesla, belum lagi cubaan-cubaan oleh jenama China yang memang kita kenal dengan "liciknya".

Jika jumlah jualan dan jumlah penjimatan bahan api boleh disangsikan, apa lagi ujian-ujian begini.

* Gambar dari Teslarati.com

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…