Tesla intai peluang pelaburan di Indonesia, India

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Indonesia dikatakan sedang berbincang dengan pengeluar kereta elektrik Tesla berkenaan potensi pelaburan di negara yang merupakan pengeluar terbesar bahan nikel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Indonesia dalam usaha untuk membangunkan rantaian bekalan penuh bagi bahan nikel yang digunakan untuk membina bateri bagi kenderaan elektrik.

Malah, negara jiran tersebut telah menghentikan eksport bahan mentah nikel bagi menyokong pelaburan di peringkat domestik.

Menurut pegawai kanan Kementerian Koordinasi, Maritim dan Pelaburan Indonesia berkata, Tesla telah menghubungi pihak kerajaan secara tidak formal berhubung perkara ini, namun tiada sebarang informasi lanjut diberikan buat masa ini.

Bulan lalu, Indonesia telah membuat perjanjian untuk membina kilang bateri lithium dengan syarikat Korea Selatan LG Chem dan syarikat China Contemporary Amperex Technology (CATL).

Sementara itu, di Kartanaka India, Tesla telah ditawarkan peluang untuk pembinaan kilang baharu Gigafactory, dan syarikat tersebut telah pun menjalankan perbincangan awal berkenaan pembangunan unit penyelidikan dan inovasi di bandar tersebut.

Menurut ketua setiausaha jabatan perdagangan dan Industri Kartanaka, Gaurav Gupta berkata, "kami telah menawarkan sokongan penuh kepada Tesla untuk membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), di mana Bengaluru mempunyai ekosistem yang baik untuk kenderaan elektrik (EV).

Sumber: Yahoo! Finance, Money Control

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…