Tesla henti ugut saman mereka yang jual kembali Cybertruck

oleh HEZERI SAMSURI|
Menjual balik tempahan untuk mendapatkan keuntungan adalah salah satu perniagaan atas angin.

Ia juga sering dilakukan oleh ejen hartanah yang berkompromi dengan syarikat perumahan. Ada yang menjual balik dengan harga yang melambung tinggi dan siap dengan diskaun "bumiputra".
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Dunia automotif juga mempunyai masalah yang sama, cuma ia hanya terhad kepada kenderaan-kenderaan yang mempunyai masa penghantaran yang lama, atau kenderaan yang dihasilkan dalam jumlah yang terhad.

Contohnya, penulis membayar RM2,000 untuk mendapatkan Proton Waja baharu dalam masa dua minggu. Jika tidak, penulis terpaksa menunggu selama beberapa bulan dan nilai "trade-in" kenderaan lama "akan menyusut" beberapa ribu ringgit.

Masalahnya ialah bila seseorang "memotong" giliran tempahan, akan ada yang terpaksa menunggu lebih lama dan ia tidak adil. 

Kerana itu, ada syarikat automotif seperti Perodua dan Toyota mempunyai hukuman berat kepada eksekutif jualan yang meminta rasuah untuk mempercepatkan penghantaran kepada pembeli.

Bagi syarikat kenderaan eksotik seperti Ferrari pula, ia mengharamkan penjualan semula kereta yang baharu dibeli atas dasar mengambil keuntungan demi menjaga prestij jenama tersebut.

 

 

Tesla juga sebenarnya mempunyai syarat yang sama tetapi hanya untuk Cybertruck sahaja kerana trak elektrik itu mempunyai waktu menunggu yang lama.

Menurut syarat penjualan Cybertruck sebelum ini, pemilik dilarang untuk menjual trak EV mereka dalam tahun pertama tanpa memberi peluang kepada Tesla untuk membelinya semula pada harga ia dijual (dengan susut nilai US$0.25 untuk setiap batu yang telah dipandu).

Untuk mereka yang engkar, Tesla akan mengugut untuk menyaman mereka sebanyak US$50,000 atau dengan nilai keuntungan yang mereka dapat dari penjualan semula trak itu.

Tesla juga dikatakan mempunyai hak untuk menyenarai-hitam pemilik tersebut.

Walapun semua pembeli Cybertruck dipaksa untuk menandatangani perjanjian itu, ratusan pemilik Cybertruck menjual kembali tempahan mereka dengan keuntungan yang tinggi.

Laporan terkini bagaimanapun mendapati Tesla sudah menarik balik syarat-syarat tersebut.

Ini ialah kerana pasaran terpakai Cybertruck sudah jatuh merudum di US dan sesiapa sahaja boleh membeli Cybertruck dari laman web rasmi Tesla dan menerima trak baharu mereka dalam masa beberapa minggu.

Cybertruck kekal menjadi trak premium (harga di atas US$100,000) yang paling popular di US, mengalahkan trak-trak berenjin (yang sebenarnya tidak banyak pun dalam julat harga tersebut).

Apapun, Cybertruck masih tidak boleh didaftarkan di Malaysia selepas JPJ mengeluarkan kenyataan tidak rasmi kepada pemegang-pemegang AP import terpakai untuk tidak membenarkan pendaftaran trak itu atas dasar ia menepati piawaian teknikal.

Secara rasmi, Cybertruck memang tidak menepati piawaian Eropah dan UN ECE yang digunapakai oleh Eropah, Jepun, UK dan Malaysia. 

Tesla juga tidak ada menghasilkan varian Right Hand Drive (Pemanduan Sebelah Kanan) untuk trak elektrik itu.

Sebuah syarikat kenderaan Indonesia ada mengimport masuk Cybertruck dan harganya tiga kali ganda dari yang dijual di US.

Negara republik itu mempunyai undang-undang homologasi yang lebih "santai".

Untuk bacaan lebih lanjut kenapa Cybertruck tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, baca artikel di bawah.

KENAPA CYBERTRUCK TIDAK BOLEH DIJUAL DI MALAYSIA?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan subsidi kerajaan, tambang adalah kira-kira 1.5 yuan hingga 2 yuan (RM0.90 - RM1.20) bagi…
Berita Domestik
Kata Saarani, pelaburan sedia ada di Perak seperti oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely…
Berita Domestik
"Berkaitan isu mengenai kilang Tesla (di Thailand) yang hangat diperkatakan ketika ini, setakat ini…