Tesla harap akan mula operasi kilang Jerman bulan Oktober ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Elon Musk berharap syarikatnya akan mula memasang kereta-kereta Tesla di kilang gigafactory di Gruenheide bermula pada bulan Oktober ini.

Kilang yang terletak berhampiran dengan Berlin itu sepatutnya beroperasi lebih awal tetapi Elon berkata masalah-masalah seperti birokrasi kerajaan Jerman dan juga tentangan dari penduduk setempat kerana kerunsingan menggangu alam sekitar kawasan itu menjadi punca kelewatan.

Semalam Elon melawat kilang itu bersama Armin Laschet, calon konservatif Jerman yang dikatakan bakal menggantikan Angela Merkel sebagai canselor negara itu.

Apapun, agensi alam sekitar di Brandenburg sebenarnya masih belum memberikan kelulusan terakhir untuk membenarkan kilang itu beroperasi.

Ini bermakna ada kemungkinan tarikh operasi kilang itu boleh ditunda sehingga ke tahun 2022.

Elon berharap kilang itu akan menjadi sumber inspirasi penduduk Jerman dan Eropah untuk menerima masa hadapan yang mengutamakan kebersihan tenaga.

Beliau juga memberi amaran bahawa "terlalu banyak undang-undang mungkin akan berakhir dengan rakyat tidak dapat membuat apa-apa langsung."

"Saya mahukan orang ramai mempunyai inspirasi berkaitan masa hadapan, dan jangan lupa untuk memiliki anak-anak kerana ia penting," sambungnya.

Teman wanita Elon, penyanyi pop Grimes telah melahirkan anak lelaki mereka yang diberi nama X AE A-XII.

* Laporan dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada senarai tersebut, adalah tidak mengejutkan apabila syarikat teknologi gergasi utama dunia…
Berita Global
Menurut polis di Coral Gables, ia tidak pasti samada Tesla Model 3 yang terbabit di dalam…
Berita Global
Menurut laporan terkini daripada Elektrek, syarikat EV Amerika Syarikat itu dikatakan telah berjaya…