Tesla, GM ajar pasukan penyelamat Amerika cara kawal kebakaran EV

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apabila sesebuah kereta elektrik terbakar, proses pengurusan dan memadamkan sisa kebakaran tersebut bukanlah semudah kebakaran yang biasa dialami oleh sebuah kereta berenjin. 

Ini sebenarnya merupakan satu konsep yang sangat baharu dan sangat berisiko bagi mereka yang tidak pernah berpengalaman mengendalikan kes kebakaran melibatkan bateri lithium-ion. 

Sebagai contoh, Tesla mengeluarkan panduan di mana apabila kereta EV mereka terbakar, kira-kira 11,300 liter air adalah diperlukan bagi menyejukkan suhu kebakaran berpunca daripada pek bateri. 

Malah, kebakaran bateri lithium-ion mampu mengambil masa sehingga 24 jam sebelum ia terpadam sepenuhnya, selain terdedah kepada risiko terbakar semula ketika proses storan dilakukan. 
 


Kini, pasukan bomba dan penyelamat seluruh dunia memerlukan satu kelas baharu bagi menangani masalah yang semakin meningkat berdasarkan pertambahan bilangan EV yang direkodkan. 

Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana menurut National Fire Protection Association (NFPA) menganggarkan kira-kira 250 ribu yang sudah menjalani kursus kebakaran melibatkan EV daripada 1.1 juta pegawai penyelamat yang direkodkan di seluruh US. 

Sebagai perbandingan, sudah terdapat 760 ribu buah EV dan PHEV yang berdaftar di jalan Amerika Syarikat dan sudah pasti angka individu yang terlatih tidak mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. 

NFPA sebelum ini sudah pun menjalankan kelas kebakaran melibatkan EV selama 10 tahun, selain bekerjasama dengan pengeluar seperti General Motors untuk menyediakan senarai perkara yang perlu dibuat dan dielakkan ketika berlaku sesebuah kes. 
 


Tesla juga turut sama menyumbang beberapa buah kenderaan kepada pasukan bomba tempatan bagi memberikan tunjuk ajar cara-cara untuk memadamkan kebakaran EV. 

Para penyelamat juga turut diberikan amaran supaya tidak sekali-kali memotong kabel berwarna jingga yang terdapat pada EV. 

Struktur EV adalah berbeza sama sekali dengan kereta biasa, di mana pada EV terdapat kabel berwarna jingga yang direka khas untuk aliran arus melebihi kapasiti 60 voltan, manakala sistem yang ada pada kereta biasa pula sekadar menggunakan kuasa 12 voltan.

Sebuah EV tipikal beroperasi pada kadar 400 voltan, satu angka yang sangat bahaya di mana kadar 120 voltan yang biasa digunakan di rumah sudah cukup untuk membunuh manusia. 
 


Lambat laun, Malaysia juga bakal dibanjiri dengan EV - walaupun pada garis masa yang tidak diketahui - jadi adalah penting bagi para pegawai bomba dan penyelamat (dan diri sendiri) supaya melengkapkan diri dengan ilmu baharu ini. 

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…