Tesla eksport Model Y pemasangan China ke Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Sumber: News.cn
Kilang pengeluaran kenderaan Tesla Shanghai Gigafactory mula mengeksport kereta elektrik Tesla Model Y RWD ke pasaran Korea Selatan, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini menandakan buat kali pertama kenderaan Tesla buatan China memasuki pasaran negara tersebut, menurut laporan Bernama yang memetik akhbar Xinhua.

Sebelum ini, kenderaan Tesla yang dieksport ke pasaran tersebut datangnya dari kilang Tesla Fremont Factory, Amerika Syarikat.

Untuk tempoh separuh pertama (1H) tahun ini, kilang Shanghai telah merekodkan jumlah penghantaran global sebanyak 476,500 unit kenderaan, di mana sebuah kenderaan boleh disiapkan dari barisan pengeluaran dalam masa kurang 40 saat.

Lebih 95 peratus alat ganti kereta tersebut boleh dibekalkan secara tempatan.

Kilang yang sama juga turut mengeksport Model 3 dan Model Y ke pasaran Thailand pada awal tahun ini, dan ia dijangka akan mengeksport model Y ke pasaran Malaysia pada awal tahun hadapan.

Berdasarkan data daripada Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), dalam tempoh enam bulan pertama China telah mengeksport 534,000 unit kenderaan tenaga baharu, peningkatan sebanyak 160 peratus untuk tahun-ke-tahun.

Baca: Tesla Model Y masuk Malaysia

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Kini ketiga-tiga warna tersebut boleh dipesan melalui di kedai rasmi Tesla atau dalam talian…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…
Berita Domestik
Terdapat empat buah Tesla Supercharger V3 berkapasiti 250 kW yang membolehkan sebuah Tesla Model 3…