Tesla didakwa tiru rekaan kotak kucing daripada syarikat Taiwan

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa minggu yang lepas, Careta ada menyiarkan berita di mana Tesla mula menjual kadbod berbentuk Cybertruck untuk kegunaan kucing peliharaan di rumah.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Namun begitu, seorang YouTuber Taiwan, Jeff Young mendakwa produk terbaharu Tesla itu dilihat menyamai rekaan yang dibuat oleh Hulumao, pengeluar perabot untuk kucing di negara tersebut.

Kedua-dua produk itu dikatakan 95 peratus hampir sama, cuma yang membezakannya ialah penjenamaan yang digunakan.
 

hulumao


Apa yang lebih menarik, produk Hulumao itu sebenarnya telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2017 lagi, dan telah pun memenangi anugerah rekaan terbaik.

Sementara itu, Focus Taiwan melaporkan Hulumao tidak pernah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan paten rekaan tersebut.
 

tesla


Ini kerana pada pendapat para peguam, agak sukar untuk syarikat kecil seperti Hulumao untuk mendaftarkan hak intelektual untuk produk stail DIY seperti kerusi kucing kadbod itu.

Syarikat Hulumao turut menulis surat terbuka kepada CEO Tesla, Elon Musk menerusi laman Instagram, di mana mereka berterima kasih kepada lelaki terkaya di dunia itu kerana mempromosikan produk mereka dengan menampal logo Tesla.

 


Sumber: Focus Taiwan

Berita Berkenaan

Informasi
📉 Susut Nilai Mengejutkan Berdasarkan data dari iSeeCars, harga purata Cybertruck di pasaran…
Berita Domestik
Kini penampilan terakhir Tesla Cybertruck di Malaysia sedang dipamerkan di Mid Valley Southkey,…
Berita Domestik
Pengunjung berpeluang secara eksklusif untuk melihat trak Cybertruck dengan lebih dekat dan merasai…