Tesla diarah berhenti pembinaan kilang Gigafactory di Jerman

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla Motor, syarikat pembuat kenderaan elektrik (EV) terkenal dunia diarahkan oleh sebuah mahkamah Jerman untuk menghentikan pembinaan kilang Eropah mereka di sana untuk sementara.

Arahan itu dikeluarkan selepas sekumpulan aktivis alam sekitar meluahkan kebimbangan mereka atas rancangan Tesla untuk menebang pokok-pokok bagi membina Gigafactorydi kawasan tersebut (gambar utama).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laman web CNBC.com, Tesla masih tidak menerima kebenaran untuk memulakan pembinaan walaupun agensi alam sekitar Brandenburg (negeri di mana kilang itu akan dibina) sudah memberikan lampu hijau bagi Tesla membersihkan kawasan sebesar 92 hektar itu.

Namun begitu, sekarang Tesla menerima cabaran terbaharu dari pengurusan lebih tinggi di Berlin dan Brandenburg sendiri. Malah, pihak mahkamah berkata mereka sedang menimbangkan rayuan dari kumpulan aktivis Green League Brandenburg yang menentang operasi pembersihan kawasan hutan tersebut.

Tesla pula berkata mereka akan menanam tiga kali ganda jumlah pokok yang ditebang di kawasan lain.

Syarikat US itu telah membeli tanah seluas 300 hektar dari majlis perbandaran Gruenheide dan bercadang untuk memulakan pembinaan Gigafactory itu tahun ini.

Operasi kilang Eropah itu akan bermula selepas itu dengan perancangan kadar pengeluaran 10,000 unit Tesla Model Y seminggu yang dicapai pada awal tahun 2021.

Gigafactory Jerman itu ialah yang keempat untuk Tesla di mana kilang-kilang yang lain terletak di Nevada, New York dan Shanghai.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…