Tesla daftar paten Cybertruck, CYBRTRK untuk trak pikap

oleh Mohamad Hanif|
Tahun ini, Tesla bakal memperlihatkan secara rasmi trak pikap berkuasa elektrik yang ditunggu-tunggu ramai dan hasil dapatan daripada pejabat pendaftaran paten Amerika Syarikat telah menemukan nama yang bakal digunakan oleh Elon Musk untuk model terbaharu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat dua paten yang didaftarkan, iaitu Cybertruck dan CYBRTRK di mana gabungan aksara CYBRTRK itu turut diabadikan menjadi rekaan logo khas untuk trak pikap tersebut. 

Tesla nampaknya tidak meneruskan trend menamakan model-model baharu mereka dengan awalan 'Model' seperti Model 3 dan Model Y yang terkini. 

Tesla Cybertruck (CYBRTRK) ini bakal bersaing dengan syarikat pengeluar trak pikap elektrik yang lain seperti Bollinger dan juga Rivian, manakala pengeluar trak pikap terlaris di Amerika juga bakal memperkenalkan F-150 versi elektrik tidak lama lagi.

Ia bakal menerjah pandangan dunia pada 21 November ini di acara LA Auto Show 2019. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Namun, lain pula cerita jika anda seorang pemilik Tesla Cybertruck, kerana anda lebih perlu menjaga…