Tesla Cybervan bakal muncul tahun 2026

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat model trak pikap elektrik Cybertruck memasuki fasa produksi, Tesla dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi versi yang diberikan kod nama Cybervan dan bakal muncul pada tahun 2026.

Tesla Cybervan dikatakan bakal dibangunkan di lokasi yang sama di mana Cybertruck dipasang (Gigafactory Austin), dan ia bakal menampilkan kelebihan seperti ruang kargo dan ruang kabin yang lebih luas - sama seperti apa yang ditawarkan pada Cybertruck.

Tidak seperti Cybertruck, versi Cybervan ini mungkin sekali akan didatangkan dengan pintu jenis gelongsor, tempat duduk baris ketiga dan rekaan bumbung yang lebih rata.

Dari segi kuasa, ia bakal menampilkan trenkuasa yang sama seperti Cybertruck dengan sistem pacuan semua roda, jarak operasi sejauh 644 km dan pecutan 0-100 km/j yang luar biasa pantasnya.

Sumber: Drive Tribe

Berita Berkenaan

Berita Global
Di dalam sesetengah kenderaan elektrik seperti Tesla Model 3 dan Model Y, Tesla menggunakan cip…
Berita Global
Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya…
Berita Global
Ciri Passenger Play itu diperkenalkan baru-baru ini, di mana ia membolehkan penumpang hadapan…