Tesla Cybertruck dapat 146 ribu tempahan - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Ketika kami masih lagi memikirkan kewajaran syarikat Tesla mengeluarkan sebuah trak pikap futuristik, Elon Musk menyampaikan khabar gembira yang mendakwa syarikatnya kini menerima tempahan yang cukup menggalakkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sehingga semalam, Tesla Cybertruck berjaya mendapat kira-kira 146,000 tempahan dengan majoriti pembeli mahukan varian motor elektrik berkembar dan tiga motor elektrik. 

Elon Musk turut menyertakan peratusan angka tempahan mengikut varian yang ditawarkan:

  • Motor elektrik tunggal - 17% (24,820)
  • Motor elektrik berkembar - 42% (61,320)
  • Tiga motor elektrik - 41% (59,860)

Elon Musk turut menambah, mereka berjaya mendapatkan angka tempahan tersebut tanpa sebarang iklan berbayar dan pemasaran yang sepatutnya. 

Imbas kembali, Tesla Cybertruck merupakan sebuah trak pikap dengan elemen futuristik yang mampu memecut sepantas 2.9 saat dari 0-96 km/j. 

Walaupun tanpa rekaan yang astetik, bahagian luar badan trak pikap ini dikatakan tahan karat, tahan lasak dengan cermin kalis hentakan. 

Sesuai dengan tema sebagai kuda kerja, Tesla Cybertruck memiliki bed sepanjang 1.98 meter yang mampu mengangkut beban seberat 1,588 kg dan keupayaan menunda sehingga 6,350 kg. 

Sumber: Inside EVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, lain pula cerita jika anda seorang pemilik Tesla Cybertruck, kerana anda lebih perlu menjaga…
Berita Global
Menjawab kepada persoalan yang dikemukakan di laman media sosial X, Elon Musk menjelaskan proses…
Gaya Hidup
Kita sedia maklum bahawa rekaan Cybertruck sememangnya sukar untuk dihadam, lebih-lebih lagi…