
Musk berkata semasa panggilan pendapatan suku ketiga Tesla bahawa model ini adalah kenderaan yang “dioptimumkan sepenuhnya untuk pemanduan autonomi”, tanpa sebarang stereng atau pedal. “Kami akan memperluaskan kapasiti pengeluaran secepat mungkin, bergantung kepada keupayaan pembekal untuk menampung permintaan,” katanya.

Cybercab dijangka menjadi sebahagian daripada pelan besar Tesla untuk melancarkan rangkaian teksi tanpa pemandu, menggunakan teknologi Full Self-Driving (FSD) yang kini masih dalam proses penambahbaikan. Ia juga dilihat sebagai percubaan Tesla untuk menandingi pengendali mobiliti sedia ada seperti Waymo dan Cruise, namun dengan pendekatan berasaskan infrastruktur Tesla sendiri, termasuk Supercharger network dan sistem operasi yang tersendiri.
Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, penganalisis industri menjangka Tesla akan memperkenalkan reka bentuk akhir Cybercab dalam satu acara khas awal tahun depan, seiring dengan pengeluaran awal di kilang Giga Texas.
Sumber: The Drive