Tesla Centre pertama di Malaysia rasmi dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Malaysia secara rasmi membuka fasiliti pertama yang bakal menjadi pusat sehenti jenama kenderaan elektrik itu di Cyberjaya, siang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bangunan dua tingkat tersebut mempunyai keluasan sekitar 55,000 kaki persegi itu turut menempatkan pusat pameran, serta khidmat jualan dan pengedaran kenderaan kepada pelanggan.
 

Tesla


Selain daripada itu, bahagian belakang fasiliti itu turut menempatkan sehingga lapan unit Supercharger 250 kW, dan 12 unit pengecas AC 22 kW untuk kegunaan dalaman, dan tidak akan dibuka kepada umum.

Fasa kedua pembukaan yang dijadualkan menjelang akhir tahun ini bakal menyaksikan fasiliti itu menyediakan ruang untuk pusat servis serta gedung alat ganti.
 

Tesla


Tesla Malaysia dalam masa yang sama turut mengumumkan model kedua mereka (Tesla Model 3 facelift) dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat, di mana pelanggan bakal menerima unit masing-masing menjelang akhir tahun ini.

Tesla Model 3 bakal ditawarkan dalam dua varian, iaitu varian pacuan roda belakang (RWD) dengan jarak gerak 513 km (harga RM189,000) serta varian Long Range (AWD) dengan jarak gerak 629 km (harga RM218,000).
 

Tesla


Sementara Tesla Model Y pula (harga jualan dari RM199,000) dijangka akan tiba di pasaran Malaysia menjelang awal tahun 2024.