Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang

oleh Penyumbang Rencana|
Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Harga saham Tesla melonjak lebih lapan peratus pada Jumaat sahaja, mencapai AS$321.22.

CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Sejak hari pilihan raya pada Selasa lalu, saham syarikat itu meningkat lebih 25 peratus.

Musk kini dianggarkan memiliki kekayaan melebihi AS$300 bilion, menurut pengiraan majalah Forbes dengan sebahagian besar kekayaannya terdiri daripada saham Tesla.

Tesla, seperti pengeluar kenderaan elektrik lain sedang berhadapan dengan penurunan permintaan.

Dasar Trump untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan gas asli dijangka menyukarkan lagi industri terbabit.

Bagaimanapun, penganalisis Dan Ives dari firma kewangan Wedbush Securities optimis bahawa Tesla akan mendapat pengecualian.

Selain itu, Trump dilaporkan bercadang memberi Musk peranan penting dalam pentadbiran baharunya bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Bernama/BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebelum ini, tawaran itu hanyalah untuk pinjaman selama tiga tahun sahaja dan tempoh tawaran ini…
Berita Global
Pasaran EV dari Honda, Ford dan General Motors pula dilihat semakin meningkat, dan jualan EV di…
Informasi
Persaingan dalam penghasilkan teknologi bateri juga kini dilihat semakin sengit dengan keupayaan…