Tesla capai sasaran kapasiti pengeluaran 5,000 unit seminggu untuk Model 3

oleh Mohamad Hanif|
Setelah mengalami beberapa masalah yang menjadi aral kepada proses pengeluaran sedan Model 3, Tesla akhirnya mencapai sasaran menghasilkan 5,000 unit pengeluaran di dalam masa seminggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut temubual yang dijalankan oleh Reuters melalui dua orang pekerja Tesla, unit ke-lima ribu sedan Model 3 tersebut telah melepasi semakan kualiti di Kilang Fremont, California, setelah kesemua pekerja bertungkus lumus mengejar sasaran yang ditetapkan oleh Elon Musk. 

Proses produksi Tesla Model 3 sebelum ini dilaporkan mengalami beberapa kesulitan disebabkan masalah automasi robot yang digunakan, isu bateri dan beberapa isu yang lain sehingga menyebabkan kilang tersebut tidak mampu mencapai sasaran yang ditetapkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurut Tesla, jumlah tempahan yang dicatatkan untuk Model 3 ini - setelah dikira berdasarkan tempahan baharu dan pembatalan tempahan - kini mencecah 450,000 unit menjelang akhir suku pertama tahun ini. 

Awal bulan lalu, Elon Musk menyatakan Tesla mampu menghasilkan produksi sebanyak 5,000 unit Model 3 seminggu menjelang penghujung suku pertama, namun pada ketika itu kapasiti pengeluaran Tesla hanya mencecah 3,500 unit seminggu sahaja. 

Ini merupakan satu pencapaian terbaharu buat syarikat pengeluar kenderaan elektrik tersebut disebalik beberapa isu yang melanda seperti dua kes kebakaran yang dilaporkan di kilang yang sama dan cubaan bekas pekerja yang ingin mensabotaj Tesla. 

Menurut kemaskini daripada akaun Twitter rasmi Elon Musk, Tesla kini mencecah kapasiti pengeluaran 7,000 unit seminggu, walaubagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut didedahkan. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…