Tesla bina MPV Model 3 untuk diuji pasukan polis UK

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa buah negara di dalam dunia sudah pun memulakan inisiatif elektrifikasi armada pasukan polis mereka dengan menggunakan model kenderaan elektrik yang sudah berada di pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, Volkswagen ID.4 yang digunakan di Greece, Mercedes EQC di Jerman, Chevrolet Bolt di Amerika Syarikat, serta beberapa unit Tesla di Australia, Kanada, dan Luxembourg.

Menurut laporan terbaharu daripada Auto Express, kereta polis Tesla Model 3 ini dibina secara rasmi oleh Tesla UK untuk tujuan pengujian pasukan polis di sana.

 

 


Selain daripada liveri khas polis dan penambahan bar lampu strobe, tidak diketahui sama ada sedan Model 3 ini turut mendapat kelengkapan komunikasi khas yang biasanya digunakan oleh pegawai polis.

Difahamkan, unit MPV yang dibina ini menggunakan asas daripada varian Performance yang mempunyai kelajuan tertinggi 261 km/j dan jarak operasi sejauh 507 km.

Setakat ini, Tesla mengesahkan tiada sebarang perkhidmatan kecemasan di UK melahirkan minat untuk menguji kereta MPV Tesla Model 3 ini mengikut laporan Auto Express.