Tesla beli teknologi baharu untuk pastikan bateri lebih berkuasa, lebih tahan lama dan tahan lasak

oleh HEZERI SAMSURI|
Minggu lalu Tesla, syarikat kenderaan elektrik (EV) terkemuka dunia telah membeli sebuah syarikat teknologi bateri dari San Diego, US - Maxwell.

Pembelian bernilai lebih dari US$200 juta itu pada mulanya menimbulkan tanda tanya kerana Maxwell dikenali sebagai penghasil kapasitor ultra sahaja.

Penganalisa industri EV bagaimanapun dapat menghidu sebab sebenar Tesla membeli syarikat tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Maxwell berjaya menghasilkan teknologi elektrod kering baharu untuk kegunaan dalam sel bateri Lithium Ion.

Menurut Maxwell, teknologi DBE mereka menawarkan prestasi lebih baik dan menghasilkan elektrod lebih tebal untuk membenarkan kewujudan sel-sel tenaga berdensiti tinggi tanpa memberi risiko kepada bentuk fizikal elektrod dan juga prestsasi elektro kimia.

Teknologi DBE oleh Maxwell juga mempunyai kadar discaj yang lebih baik dari elektrod basah.

Elektrod kering sebelum ini gagal dalam pelbagai ujian. Maxwell berkata teknologi mereka lebih baik dan lulus ujian-ujian mereka.

Untuk laporan lebih lanjut mengenai teknologi baharu Maxwell, sila layari pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pembinaan kilang itu akan bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijangka beroperasi pada suku…
Berita Global
“Kami akan mengumumkan, penambahan kemungkinan empat buah kilang gergasi yang akan menghasilkan…