Tesla bakal masuk pasaran Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar kenderaan elektrik Tesla telah mendapat kelulusan untuk menjual kenderaan elektrik di Singapura, dengan harga jualan bermula dari $145,000 (RM442,591).
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Menurut laporan daripada The Straits Times Singapura, senarai kenderaan Tesla didapati muncul dalam laman web perbandingan tahap ekonomi bahan api Land Transport Authority, dan kebiasaannya laman web ini memaparkan senarai kenderaan daripada pengeluar dan pengedar rasmi, bukan dari pengimport kenderaan.

Dua model yang dimaksudkan adalah Tesla Model 3 Performance dan Model 3 Standard Range dikategorikan di dalam A1 Vehicular Emissions Scheme (VES) yang membolehkan ia mendapat pengecualian cukai $25,000 (RM76,309) serta insentif Electric Vehicle Early Adoption Incentive sehingga $20,000 (RM61,047).

Sebagai perbandingan, kenderaan elektrik yang memasuki pasaran Singapura seperti Porsche Taycan, Audi e-Tron dan Jaguar I-Pace diklasifikasikan dibawah kelas A2 dengan pengecualian cukai $15,000 (RM45,785), serta berhak mendapat Electric Vehicle Early Adoption Incentive seperti yang disebutkan di atas.

Berdasarkan anggaran nilai pasaran terbuka, kedua-dua Tesla Model 3 itu berkemungkinan besar dijual pada harga bermula dari $145,000 (RM442,591) sehingga $215,000 (RM626,257) selepas yuran pendaftaran, duti eksais, cukai jualan dan servis, sijil kelayakan, cukai jalan dan margin keuntungan.

 


Dengan kehadiran dua buah model Tesla itu membawa maksud Tesla sudah bersedia untuk memulakan kembali perniagaan di Singapura.

Sebelum ini, Tesla telah pun mendarat di Singapura pada pertengahan tahun 2010, namun keluar pada awal tahun 2011 disebabkan ia gagal mendapatkan pengecualian cukai kenderaan hijau.

Elon Musk juga sebelum ini turut menciap satu kenyataan kontroversi di mana beliau mengatakan kerajaan Singapura sebelum ini tidak menunjukkan minat terhadap kenderaan elektrik.

Berdasarkan statistik LTA sehingga akhir 2020, terdapat sehingga 41 unit kenderaan Tesla yang berdaftar daripada 1,217 unit kenderaan elektrik di Singapura.

 

Sumber: The Straits Times Singapore

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadangan itu diketuai oleh bekas ahli lembaga Tesla, Hiromichi Mizuno dengan sokongan daripada…
Berita Global
"Ia akan menjadi pengeluar kenderaan mini Mexico pertama, dibangunkan oleh kejuruteraan Mexico,"…
Berita Global
Sejak hari pilihan raya pada Selasa lalu, saham syarikat itu meningkat lebih 25 peratus. Musk kini…