Tesla akhirnya setuju recall 135,000 Model S, Model X setelah 'dipaksa' oleh NHTSA

oleh Mohamad Hanif|
Tesla akhirnya bersetuju untuk memanggil kembali kira-kira 135,000 unit kenderaan Model S dan Model X akibat skrin paparan sentuh yang bermasalah dan mampu meningkatkan risiko kemalangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mendapati unit skrin paparan yang dilengkapkan pada Tesla Model S (2012-2018) serta Model X (2016-2018) mampu mendatangkan risiko keselamatan, termasuklah kehilangan fungsi kamera undur, lampu membelok, serta sistem nyahkabus dan pencairan ais.

Menurut NHTSA lagi, masalah tersebut dikatakan mampu mengakibatkan medan penglihatan pemandu terganggu terutama di dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

NHTSA pada mulanya meminta Tesla untuk menjawab seruan panggil semula itu pada 27 Januari, dan Tesla akhirnya bersetuju untuk menjalankan kempen tersebut pada hari yang sama.

Tesla sebelum ini mengakui permasalahan tersebut, namun di dalam situasi di mana skrin tersebut tidak berfungsi, mereka menyarankan pemandu untuk 'menggunakan cara manual dengan melihat cermin sisi, cermin pandang belakang, serta membersihkan sendiri cermin tersebut menggunakan tenaga tangan.'

Kempen tersebut akan bermula pada 30 Mac ini, dan Tesla pada masa yang sama menyebut kempen ini tidak akan merangkumi kenderaan yang telah menerima pemproses yang telah dinaiktaraf selepas Mac 2018.

Malah, Tesla menyebut 88 peratus pemilik di Amerika Syarikat telah pun mendapat kemaskini over-the-air bagi sesetengah fungsi yang dikatakan hilang akibat daripada masalah skrin tersebut.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…