Tesla akan buka kilang, tembusi pasaran India tahun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat kereta elektrik Amerika Syarikat, Tesla dilaporkan akan membangunkan kilang pemasangan dan bersedia untuk menembusi pasaran India bermula tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Karnataka, selatan India menjelaskan bahawa Tesla akan membuka fasiliti pemasangan kenderaan di negeri tersebut.

Berita ini timbul tidak lama selepas syarikat tersebut mendaftarkan gabungan Tesla Motors India dan Energy Private Limited bertempat di bandar Karnataka, Bengaluru bulan lepas.

Menurut satu ciapan (yang kemudian telah dipadamkan) oleh Ketua Menteri Negeri B.S. Yadiyurappa menjelaskan fasiliti tersebut bakal menjadi hab teknologi global yang memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan produk.

Setakat ini, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung laporan yang dikeluarkan oleh Reuters ini.

Disember 2020, menteri pengangkutan India Nitin Gadkari mendedahkan bahawa Tesla akan memulakan operasi perniagaan mereka di negara tersebut pada tahun 2021, selain mengumumkan kemungkinan untuk memulakan pemasangan tempatan dan pengilangan.

Model pertama yang akan dijual di sana adalah Tesla Model 3 dengan harga jualan dianggarkan melebihi 5.5 juta rupee (RM305,520), bermakna harga jualan tersebut adalah diluar kemampuan golongan kebanyakan di India.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…