Tertipu dengan SMS sahaja untuk pembelian motosikal pada harga murah!

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki di Kuantan yang teruja untuk memiliki motosikal jenis Yamaha 150ZR yang dibeli pada harga RM2,200 termasuk insurans dan cukai jalan berakhir dengan kekecewaan apabila kenderaan itu sebenarnya tidak wujud.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mangsa berusia 57 tahun tertarik dengan tawaran motosikal lelong itu selepas dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), 29 Januari lalu.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa merebut peluang itu kerana motosikal berkenaan kini popular dan ditawarkan pada harga amat rendah berbanding di pasaran.

 

"Mangsa membuat bayaran penuh melalui pemindahan wang ke akaun bank di atas nama seorang wanita pada 30 Januari lalu dan dia diminta mengambil motosikal itu di pejabat JPJ Johor.

 

"Dia kemudiannya diminta mengambil motosikal itu pada 2 Februari tetapi sebelum mengambilnya mangsa menghubungi wanita tersebut pada 31 Januari untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai motosikal dan proses menuntutnya," katanya.

 

Mohd Wazir berkata, malangnya wanita itu gagal dihubungi dan mangsa mulai curiga dan membuat semakan di pejabat JPJ Segamat.

 

"Hasil semakan mendapati lelongan motosikal itu tidak wujud dan wanita yang dikatakan sebagai pegawai audit JPJ Putrajaya tiada dalam senarai kakitangan pejabat JPJ berkenaan," katanya.

 

Beliau berkata, susulan itu mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan…
Berita Domestik
Menurutnya, motosikal itu diiklankan dalam sebuah akaun Tiktok yang dilayarinya Sabtu minggu lalu…