Tertinggal lebih 7 jam dalam kereta ibu, kanak-kanak 2 tahun maut

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, di Petaling Jaya pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima panggilan ibu mangsa yang berusia 30an menyatakan anaknya tidak sedarkan diri di rumah, pada 3.49 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Hasil siasatan mendapati, ibu mangsa telah menghantar dua anaknya ke sekolah dan seterusnya pergi ke tadika berhampiran untuk menghantar mangsa, pada jam 7 pagi.

"Ketika tiba di tadika, ibu mangsa berhenti seketika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

"Ibu mangsa kemudian terus pulang ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, bapa mangsa telah membuat panggilan kecemasan dan telah memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan namun telah disahkan meninggal dunia.

"Proses bedah siasat akan dijalankan pada Khamis," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Justeru itu, Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

"Orang ramaj yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi. Punca kematian belum…
Berita Domestik
"Wanita berkenaan menerima panggil telefon daripada suaminya jam 5.30 petang menyatakan anaknya…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa adalah anak…