Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki itu menangis teresak-esak dalam kesakitan kerana kakinya putus akibat digilis kereta api yang melalui landasan.
Polis menemui botol arak jenis wiski Thai berhampiran lokasi kejadian. Mangsa didapati menghabiskan sebotol minuman keras itu dan sangat mabuk lalu tertidur di landasan kereta api dengan meletakkan kaki di atas landasan, manakala kepala dan badannya di tepi landasan.
Semasa kereta api menghampirinya, konduktor kereta api ternampak sesuatu di hadapan landasan dan memberitahu kakitangannya. Mereka tidak dapat melihat dengan jelas dan menyangka ia adalah sejenis kayu atau sesuatu yang serupa, menghalang trek.
Walaupun mereka berhasil mengesan seorang lelaki pengsan di landasan, kereta api itu tidak dapat dihentikan dengan cukup pantas untuk mengelak perlanggaran.
Lelaki itu dibawa ke hospital tempatan bersama-sama dua kakinya yang terputus pada paras lutut.
Menurut maklumat terkini yang diperoleh, mangsa masih berada di hospital selepas menjalani pembedahan kecemasan. Dia dijangka bertahan hidup tetapi kakinya tidak mungkin boleh disambung semula.