Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 54 tahun itu mahu masuk ke tempat letak kereta di hadapan kedai namun terpijak pedal minyak dan merempuh dua wanita yang berada di hadapan premis.
“Dua mangsa tersebut adalah tukang masak yang sedang memasak di gerai di hadapan premis berkenaan.
“Rempuhan itu menyebabkan Kwai Yung cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 50 tahun cedera ringan di bahu dan kepala,” katanya.
Menurut Hasron Nazri, ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan di bahagian dalam kedai namun tiada kecederaaan melibatkan mereka.
Katanya, pemandu kereta itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) iaitu kudung bahagian kaki sebelah kanan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala rakannya yang cedera turut dirawat di hospital sama,”ujarnya.
Menurut beliau kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel oleh Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar