Tersilap tekan pedal, pemandu Persona rempuh kedai serbaneka stesen minyak

oleh SALINA JALIL|
Akibat tersalah tekan pedal minyak, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun merempuh kedai serbaneka stesen minyak di Batu 26, Pekan Nanas, Pontian, semalam.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian jam 2 petang, lelaki yang memandu kereta Proton Persona itu bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu membelok ke stesen minyak untuk mengisi petrol.

 

"Pemandu dikatakan tertekan pedal minyak dan merempuh pintu kedai sebuah stesen minyak.

 

"Akibat kemalangan itu, tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam berlaku di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan media, semalam.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kejadian dipercayai berlaku…
Berita Domestik
  Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu dipercayai berlaku selepas pemandu kereta jenis Proton…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, ketika kereta berkenaan…