Terrafugia dapat kelulusan FAA, mungkin boleh pandu atas jalan tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat kereta terbang Terrafugia yang dimiliki oleh Geely itu baru-baru ini mengumumkan model kereta terbang Transition kini mendapat kelulusan untuk terbang daripada pejabat Federal Aviation Administration (FAA).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat tersebut menjelaskan ini merupakan satu pencapaian yang signifikan, memandangkan mereka kini berharap kereta Transition itu mampu memenuhi standard piawaian daripada kedua-dua FAA dan agensi keselamatan National Highway and Traffic Safety Administration (NHTSA).

Naib Presiden Terrafugia Kevin Colburn menambah, pasukan mereka bertungkus lumus memperbaiki setiap aspek pembinaan, serta melengkapkan ujian penerbangan selama 80 hari, dan menyiapkan 150 buah dokumen teknikal sebelum diluluskan oleh pihak audit FAA.

 


Namun, para pelanggan perlu bersabar kerana Terrafugia mahu kereta Transition itu boleh digunakan tanpa sebarang masalah baik di atas jalan raya mahupun di langit menjelang tahun 2022.

Kereta terbang Terrafugia Transition kini mempunyai versi yang boleh terbang sahaja buat masa ini, dilengkapi dengan enjin propeller Rotax 912iS yang dipasang pada bahagian belakang berkuasa 100 PS.

 


Enjin ini boleh disuap dengan gasolin premium atau bahan api kapal terbang, dan membolehkan Transition mencapai kelajuan sehingga 161 km/j.

Antara ciri yang menarik pada Transition termasuklah pakej avionik Dynon Skyview, sangkar keselamatan gentian karbon, payung terjun serta sayap yang boleh dilipat untuk dimuatkan ke dalam sebuah garaj kereta standard.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terrafugia menjangkakan produk kereta terbang mereka akan mula dilancarkan ke pasaran seawal 2019,…
Berita Global
  Akhbar South China Morning Post hari ini melaporkan bahawa Geely, atau China’s Zhejiang Geely…