Terpaksa ambil dadah sebab penat bekerja!

oleh SALINA JALIL|
Perjalanan lelaki berusia 27 tahun untuk menjemput isterinya yang baru keluar dari hospital selepas melahirkan anak terbantut apabila dia ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Selamat (Op Selamat) 16/2020 sempena Tahun Baharu China di Jalan Ampang-Lembah Jaya, di Ampang, malam 25 Januari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lelaki yang menunggang motosikal memaklumkan dia dalam perjalanan dari rumahnya di Ampang Jaya ke rumah bapa mertuanya bagi menjemput isterinya yang selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 

“Saya ambil dadah jenis methaphetamin empat hari lalu kerana terlalu penat bekerja sebagai individu yang menyediakan alat muzik di sebuah syarikat swasta.

 

“Saya tak sangka perjalanan nak menjemput isteri dari hospital jadi begini (ditahan pihak berkuasa),” katanya yang ditemui di lokasi operasi, malam Ahad lalu.

 

 

Lelaki berkenaan antara tujuh individu berusia antara 20-an hingga 40-an yang ditahan dalam operasi berkenaan selepas didapati positif dadah jenis methaphetamin.

 

Operasi bermula jam 9 malam itu membabitkan 43 pegawai dan anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Deputi Superintendan Abd Hamid Omar.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, sebanyak 173 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam operasi itu.

 

“Hasil pemeriksaan dilakukan, polis mengeluarkan sebanyak 144 saman membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi dan langgar lampu isyarat.

 

“Kami turut melakukan pemeriksaan terhadap 184 individu yang membawa kepada penahanan tujuh lelaki yang didapati positif dadah jenis methaphetamin,” katanya.

 

Mohd Zaid berkata, dalam operasi sama, JPJ turut mengeluarkan 31 notis atas pelbagai kesalahan kepada pengguna jalan raya.

 

“Dalam operasi ini, kami menahan dua individu mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas didapati memiliki kereta klon dan cukai jalan palsu,” katanya.

 

klon

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan lelaki itu yang boleh…
Berita Domestik
Katanya, polis turut menahan dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki mengikut Seksyen…
Berita Domestik
Penahanan reman terhadap suspek lelaki yang berusia 25 tahun itu bagi membolehkan siasatan…