Terowong itu ditemui setelah agensi kerajaan menghantar sebuah kamera untuk masuk ke lubang robohan itu sedalam 25 kaki dan menghantar gambar-gambar sebuah terowong berukuran 3 kaki lebar dan 4 kaki tinggi.
Menurut agensi yang menjaga sempadan US, ia adalah terowong seludup paling modern pernah mereka temui.
Terowong yang masih dalam pembinaan itu menyambungkan San Luis Rio Colorado di Mexico kepada San Luis di Arizona, US.
Ia dilengkapi dengan sistem ventilasi, saluran paip air lengkap, pendawaian sistem elektrik, sistem rel dan struktur pembinaan yang kukuh.
Dua tahun lalu, agensi kerajaan US turut menemukan sebuah terowong haram di kawasan yang sama. Ia menyambungkan sebuah restoran KFC yang ditutup ke Mexico, yang terletak cuma 180 meter dari restoran itu.
Terowong itu cukup untuk memuatkan orang berjalan kaki dan digunakan untuk menyeludup dadah.