Terowong angin (wind tunnel), setiap milimeter pun kira bukan saja-saja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila bercakap tentang prestasi kereta, faktor aerodinamik perlu dibincang sekali. Ia tidak terhad kepada kereta lumba atau berprestasi tetapi juga kereta jalanan yang kita pandu.

Ada pengeluar menggunakan bentuk kereta, aksesori seperti spoiler atau reka bentuk bampar dan ada juga sirip kecil pada cermin kecil atau penutup tangki minyak.

Dari mana para pereka dan jurutera mendapatkan data tersebut? Jawapannya ialah melalui terowong angin atau simulasi perisian komputer.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
Wind Tunnel CUPRA Leon Competición

 

Aerodinamik sesebuah kereta tidak hanya mempengaruhi prestasi tetapi juga penggunaan bahan api, keselamatan dan keselesaan. 

Kajian yang dibuat di dalam terowong angin ialah bagi mengurangkan rintangan kereta terhadap angin.

Berikut ialah senario di dalam terowong angin yang dikongsi oleh CUPRA dengan contoh kereta lumba Leon Competición.

 

Wind Tunnel CUPRA Leon Competición

 

'Ribut taufan' di dalam kebuk/bilik

Kereta yang hendak diuji diletakkan di dalam sebuah kebuk dengan kipas besar menghasilkan angin.

Di dalam kebuk itu kereta berhadapan dengan angin sehingga kelajuan 300 km/j dan sensor mencerap data pada permukaan badan.

Setiap milimeter penting

Data rintangan angin kereta dipaparkan pada skrin komputer untuk dianalisa dan dibandingkan walaupun melibatkan perbezaan kecil bagi memperbaiki tahap aerodinamik.

Setiap milimeter pada setiap komponen adalah penting kerana analisa tersebut bukan setakat untuk mengurangkan penggunaan bahan api tetapi juga meningkatkan stabiliti, keselesaan dan keselamatan.

 

Wind Tunnel CUPRA Leon Competición

 

Kereta massa atau kereta lumba tetap penting

Jika kereta massa melibatkan kajian bagi mengurangkan penggunaan bahan api, kereta lumba pula mahu dibuat lebih laju.

Xavi Serra yang merupakan Ketua Pembangunan Teknikal CUPRA Racing dan kakitangannya mahu CUPRA Leon Competición mereka mempunyai kurang rintangan angin dan lebih cengkaman pada selekoh.

Komponen yang digunakan dan dikaji adalah pada skala 1:1.

 

Wind Tunnel CUPRA Leon Competición

 

Kelajuan 235 km/j tanpa kereta bergerak

Fasiliti yang digunakan jurutera CUPRA bagi menguji prototaip mereka adalah di antara pusat ujian yang paling lengkap dan inovatif. 

Fasiliti tersebut mempunyai ciri khas yang membolehkan mereka membuat ujian dalam senario yang paling hampir kepada keadaan sebenar.

Jurutera Terowong Ujian, Stefan Auri memaklumkan satu ciri penting ialah mereka berupaya membuat simulasi jalan raya.

Roda boleh dipusingkan melalui penggunaan motor elektrik yang menggerakan sawat (tali) di bawah kereta. Simulasi yang dibuat boleh diuji dengan kelajuan kenderaan sehingga mencecah 235 km/j.

 

Wind Tunnel CUPRA Leon Competición

 

Sedia untuk litar lumba

Selepas ratusan pengukuran dibuat dan dibanding dengan model sebelum baru Xavi Serra dan kakitangannya berpuas hati.

Mereka berjaya mengurangkan seretan (drag) dan meningkatkan daya mendapan (down force) yang menjadikan CUPRA Leon Competición lebih efisien berbanding model sebelum dan masa pusingan lebih baik di litar.

Data yang diperolehi juga akan digunakan bagi menambahbaik model baharu CUPRA.

 

Wind Tunnel CUPRA Leon Competición

 

Supercomputer sama memainkan peranan penting

Terowong angin bukan satu-satunya kemudahan bagi memperbaiki aerodinamik. Komputer super turut mempunyai peranan penting.

Pada peringkat awal semasa model kenderaan masih dalam pembangunan dan belum mempunyai prototaip untuk dikaji di dalam terowong angin, komputer super MareNostrum 4 digunakan.

Komputer super itu paling berkuasa di Sepanyol dan ketujuh di Eropah. Para saintis di seluruh dunia menggunakannya bagi melakukan pelbagai jenis simulasi.

 

Wind Tunnel CUPRA Leon Competición

 

Untuk projek kolaborasi bersama SEAT, kekuatan komputer tersebut diguna bagi 'berlawan' dengan angin.

Dengan perkongsian ini, jelas bahawa setiap lenggokan pada badan kereta dan sirip halus bukan saja-saja dibuat tetapi mempunyai fungsi yang tersendiri. 

Kereta biasa untuk jimat bahan api, kereta lumba supaya lebih laju!

Penulis: Muhammad Md Tajudin