Teroka keseronokan disebalik teknologi e:HEV di acara 'GEN H Event' oleh Honda Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Honda Malaysia hari ini telah melancarkan acara 'GEN H Event' yang mewakili ‘Honda, Hybrid dan Hype’ untuk berkongsi kegembiraan dan keseronokan teknologi hibrid Honda dengan rakyat Malaysia.

Acara itu bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memahami dan mengalami teknologi Hibrid Honda, khususnya teknologi e:HEV yang kini ditawarkan dalam barisan model Honda di Malaysia.

Acara tersebut bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti tunggangan fun fair, arked, pandu uji, bengkel, bazar makanan dan minuman, serta kerjasama seni grafiti dengan artis tempatan.

 

2

 

Honda Malaysia kini menjemput semua rakyat Malaysia untuk ‘Mengalami Hibrid, cara Honda’ yang akan diadakan di beberapa lokasi terdekat dengan anda, kemasukan juga percuma sahaja.

Acara 'GEN H Event' akan berlangsung di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang akan menjadi acara Grand Final bersama pelbagai aktiviti menarik.

 

2

 

Semenjak pelancaran empat varian e:HEV, Honda Malaysia telah menjual lebih 2,800 unit City, 1,600 unit City Hatchback, 2,600 unit HR-V dan hampir 600 unit Civic.

Nadi 1.5L e:HEV mula untuk pasaran Malaysia pada tahun 2020 bersama model City, dimana ia merupakan pelancaran yang penting, kerana ia juga merupakan pendedahan pertama secara global bagi varian RS e:HEV.

 

enjin city

 

Honda Malaysia kemudiannya memperkenalkan rangkaian kuasa 1.5L e:HEV dalam City Hatchback dan HR-V pada 2022, dimana Honda Malaysia telah menjual lebih 2,800 unit City, lebih 1,600 unit City Hatchback dan lebih daripada 2,600 unit HR-V.

Pada November 2022, Honda Malaysia melancarkan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV termaju dalam model Civic.

 

civic

 

Varian itu meningkatkan lagi saingan Segmen C dengan penawaran teknologi dan ciri hibrid paling canggih, sehingga kini, Honda Malaysia telah menjual hampir 600 unit Civic e:HEV.

Acara 'GEN H Event’ pastinya akan menjadi platform yang menarik untuk Honda Malaysia berhubung dengan rakyat Malaysia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai teknologi dan impian dunia neutral karbon mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang 'GEN H Event’, sila layari laman web Honda Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui satu majlis malam media pada Jumaat lepas, Honda Malaysia bakal memperkenalkan 3 model…
Berita Domestik
Melalui strategi perniagaannya menjelang tahun 2023, Honda menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan…
Berita Domestik
Untuk makluman, Honda CR-V 2023 generasi baharu diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada…