Teroka bahan api bio alga - bukti Mazda masih setia dengan enjin pembakaran dalaman (ICE)!

oleh Mohamad Hanif|
Ternyata, pendekatan yang dibawakan oleh Mazda sedikit berlainan berbanding aliran arus perdana yang diikuti oleh kebanyakan pengeluar automotif yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, tatkala genre kenderaan elektrik semakin meningkat di mata dunia, Mazda masih lagi kekal degil meneruskan kajian menghasilkan enjin yang lebih bersih menerusi teknologi Skyactiv.

Tatkala pengeluar lain sibuk dengan teknologi hibrid, Mazda masih yakin teknologi enjin mereka masih lagi mampu menyelamatkan alam sekitar.

Dan sebagai sebahagian daripada program pembangunan jangka panjang Sustainable Zoom 2030, Mazda komited untuk mengurangkan emisi CO2 purata dari telaga-ke-tayar (Well-to-wheel) sehingga 50 peratus menjelang 2030, dan 90 peratus menjelang 2050.

Jadi, apa yang mahu dilakukan oleh Mazda?

 


Meneroka kemungkinan baharu menerusi penggunaan bahan api bio (biofuel) daripada alga yang boleh diperbaharui untuk mengurangkan emisi CO2 dengan lebih drastik.

Menurut Mazda, bahan api bio daripada alga ketika dibakar hanya melepaskan gas CO2 yang diserap daripada atmosfera ketika pertumbuhan alga itu sendiri.

Dan ini merupakan satu titik permulaan untuk mencapai nilai neutral karbon yang dilepaskan oleh kenderaan berenjin pembakaran dalaman!

Apa yang pasti, sebagai salah sebuah sumber tenaga yang boleh diperbaharui, alga mempunyai banyak kelebihan seperti boleh ditanam di mana-mana tempat yang tidak sesuai untuk program agrikultur, tidak mendatangkan impak yang besar kepada sumber air bersih, titik suhu pembakaran yang tinggi, serta lebih mesra alam.

Walaubagaimanapun, Mazda masih lagi memerlukan masa untuk membuktikan bahawa teknologi ini mampu berdiri dengan sendiri, dan mereka sedia meminjamkan sokongan teknikal kepada Universiti Hiroshima dan Tokyo Institute of Technologi dalam merealisasikan impian gila ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…