Terlepas simpang keluar, pemandu Jimny buat U-turn guna jejantas!

oleh Mohamad Hanif|
Kebolehan Suzuki Jimny dalam menakluki jalan-jalan off-road dengan badan dan enjin yang bersesaran lebih kecil ini sememangnya tidak dapat dinafikan oleh para peminatnya, namun kebolehan terbaharu Jimny ini mampu membuatkan anda ternganga sebentar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, seorang pemandu Jimny telah ditahan pihak berkuasa kerana membuat u-turn dengan menggunakan jejantas.

Menurut laporan tersebut, pemandu itu difahamkan terlepas simpang keluar dari lebuhraya, dan 'tidak mempunyai pilihan lain' selain menggunakan jejantas pejalan kaki untuk membuat u-turn.

Tindakan beliau nampaknya mengundang kehadiran pihak polis yang kebetulan sedang memerhati dan menunggu lelaki itu turun dengan selamat sebelum mengenakan saman sebanyak 200 yuan (RM122.75).

Berdasarkan data daripada akhbar tempatan, jejantas itu memiliki keupayaan untuk menampung beban sehingga 1,000 kg, dan lelaki itu ternyata bernasib baik kerana Jimny generasi ketiga memiliki berat sekitar 985-1,150 kg.

Kami di Careta tidak sekali-kali menggalakkan anda untuk membuktikan keupayaan Jimny terutama di laluan yang tidak sepatutnya.

 

Sumber: South China Morning Post menerusi CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…