Terlebih laku - Perodua risau stok Hari Raya tidak mencukupi

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perodua Myvi baharu nampaknya memang benar-benar menambat hati rakyat.

Lebih dari 60,000 tempahan diterima sejak dilancarkan November lalu dan 28,000 unit Myvi tersebut telah berjaya diserahkan kepada pelanggan.

Ini bermakna ada lebih dari 30,000 lagi tempahan yang perlu dilunaskan dan tempahan dikatakan semakin meningkat setiap hari.

Menurut sumber Perodua yang dapat dihubungi oleh team Careta, prestasi jualan Myvi ini memang menggembirakan tetapi ia juga merisaukan dalam masa yang sama.

 

 

"Apa yang kami risaukan ialah ada ramai juga yang telah menempah Myvi baharu ini tetapi tidak meneruskan pembelian mereka kerana mahu menunggu lebih hampir kepada waktu Hari Raya," terang sumber Careta.

"Mereka masih memegang tempahan tersebut dan jika mereka mahu kenderaan mereka sebaik sebelum Hari Raya, kami risau stok tidak akan mencukupi."

"Kerana itu jika mereka mahu berhari raya dengan Myvi baharu, disarankan mereka teruskan pembelian sekarang kerana terjamin kenderaan akan diterima sebelum Aidilfitri," sambung beliau.

 

 

Berhari raya dengan kenderaan baharu memang menjadi lumrah rakyat Malaysia, tidak kira agama dan bangsa. Namun begitu, alasan yang sering diberikan ialah musim perayaan akan melihat pelbagai tawaran istimewa dan ramai yang mahu mengambil kesempatan.

Sayangnya untuk kenderaan baharu dan sangat popular, tidak semestinya ia akan ada promosi sempena Aidil Ftiri.

Oleh itu, sekiranya anda sudah menempah Myvi 2018 dan masih mahu menunggu hampir kepada Hari Raya, Careta cadangkan ambil sahaja sekarang.

Jika anda mahu membuat kejutan atau "surprise" kepada keluarga anda di musim Ramadhan kelak, parkir Myvi baharu anda di kampung admin dan ambil semula berhampiran dengan Hari Raya nanti. 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…