Terlebih bayar, Honda minta pekerja kilang Ohio pulangkan semula wang bonus

oleh Mohamad Hanif|
Hanya kerana terlebih bayar wang bonus, Honda telah meminta para pekerja fasiliti Ohio supaya memulangkan semula lebihan wang tersebut, atau ia akan ditolak daripada gaji bulan depan atau bonus akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, syarikat itu turut memberikan tempoh sehingga 22 September kepada pekerjanya untuk memulangkan semula wang bonus tersebut.

Menurut laporan NBC4, seorang isteri kepada pekerja kilang Honda itu menjelaskan proses pemulangan semula lebihan wang bonus itu mungkin sukar bagi sesetengah keluarga.

Beliau mengakui, suaminya terpaksa memulangkan semula hampir 8 peratus daripada bayaran bonus, atau bernilai ratusan dollar.

"Itu, anda tahu, menyamai bayaran bulanan kereta. Ia separuh daripada gadai janji kami, ia nilai untuk barangan runcit selama dua, tiga minggu. Ia adalah jumlah yang besar buat kami.

Dalam hal ini, seorang professor undang-undang Ohio State University, Sarah Cole menjelaskan ia adalah menjadi hak Honda untuk meminta wang lebihan tersebut dikembalikan.

"Di bawah Akta Piawaian Buruh Adil yang tertakluk kepada semua majikan di Amerika Syarikat, adalah jelas lebihan bayaran bonus atau gaji boleh dituntut semula oleh majikan.

"Honda boleh meneruskan tuntutan ini di mahkamah, akan tetapi ia akan menelan kos yang tinggi dan jelas sekali ia akan mendatangkan imej yang buruk dari sudut pandang umum.

Sumber: NBC4