Terlebih bayar bantuan COVID-19, FCA kini bersikap 'buruk siku'

oleh Mohamad Hanif|
Fiat Chrysler Automobiles (FCA) kini meminta 24,000 orang pekerja mereka supaya membayar kembali lebihan dana bantuan COVID-19 yang disalurkan, atau lebih dikenali dengan 'SUB pay'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kontrak yang disahkan oleh United Auto Workers pada tahun lalu bersama FCA itu memerlukan pengeluar tersebut menyalurkan bantuan 'SUB pay' kepada pekerja yang  diberhentikan buat sementara waktu dengan kadar 74 peratus daripada gaji 40 jam yang biasa.

Namun, dengan tambahan $600/minggu (RM2,609) yang datangnya daripada kerajaan US, jumlah pampasan yang diterima sudah pun melebihi had 74 peratus tersebut.

Dana tambahan tersebut berkuatkuasa pada minggu yang berakhir 4 April di mana FCA juga turut membayar faedah tambahan untuk minggu kedua berikutan penutupan kilang di Amerika Utara akibat COVID-19.

Dengan lebihan bayaran tersebut, FCA akan menghentikan sementara pemberian pampasan tersebut.

 


Kadar purata bayaran balik tersebut adalah sebanyak $500 (RM2,174), di mana ia boleh dibayar semula dengan pengurangan gaji $100 untuk setiap minggu. Malah, ada yang telah membayar kembali jumlah tersebut sekaligus.

Menurut La Tonya Washington, pekerja FCA di Sterling Heights Assembly Plant, "itu adalah wang kami, dan ia bakal menjadi satu cabaran buat semua pihak untuk memulangkan kembali duit tersebut kepada FCA.

"Ia seakan satu tamparan besar buat kami!"

Permintaan untuk pembayaran semula dana adalah datang dari FCA sendiri apabila syarikat tersebut telah meminjam billion dollar selain menghentikan sementara program pembangunan produk, menghentikan ratusan pekerja tambahan dan mengurangkan sebahagian daripada gaji pekerja kolar putih demi menjimatkan aliran wang tunai ketika COVID-19.

Dalam satu kenyataan, FCA memberikan penjelasan (alasan) disebabkan bantuan $600/minggu dibayar secara retroaktif, sesetengah pekerjanya menerima lebihan faedah pengangguran tambahan dengan jumlah purata $500, kadar yang mereka perlu bayar kembali kepada pengeluar tersebut.

Laporan daripada The Detroit turut menambah, pekerja di General Motors Co. dan Ford Motor Co tidak menerima bantuan 'SUB pay' setelah bantuan kerajaan sebanyak $600 dimasukkan ke dalam akaun.

Oleh sebab itu, tiada sebarang permintaan pembayaran semula daripada kedua-dua syarikat tersebut.

Sumber: The Detroit News

Berita Berkenaan

Berita Global
Bulan lalu, polis Australia dilaporkan berminat untuk menggunakan Dodge Charger versi pemanduan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Autocar, bekas bos Volkswagen Ferdinand Piëch telah pun lama…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada…