Terlanggar atlit OKU, perkhidmatan shuttle Toyota e-Palette dihentikan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dilaporkan menghentikan perkhidmatan shuttle autonomi e-Palette setelah insiden kenderaan itu berlanggar dengan seorang pejalan kaki ketika Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berlangsung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Reuters, ketika kejadian itu berlaku e-Palette sedang keluar dari persimpangan T menggunakan kawalan manual sebelum berlanggar dengan seorang atlit kurang upaya (OKU) pada kelajuan 1 atau 2 km/j.

Mangsa kemudian dikejarkan ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut, namun atlit itu disahkan mampu berjalan kembali ke tempat penginapannya.
 

e-Palette


Dalam satu kenyataan, Toyota mengeluarkan permohonan maaf kepada atlit malang tersebut dan mendoakannya semoga cepat sembuh.

Ketika mengulas kejadian yang tidak diingini ini, CEO Toyota, Akio Toyoda menjelaskan bahawa kenderaan autonomi masih lagi belum cukup sempurna untuk digunakan atas jalan raya biasa.

Namun, Toyota sedia bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ini.
 

e-Palette


Toyota memperkenalkan e-Palette pada tahun 2019 di mana ia mempunyai keupayaan pemanduan autonomi Tahap Keempat (SAE Level 4), dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 20 km/j sahaja.

Ia mempunyai binaan lantai yang rendah, pintu yang besar, serta mempunyai binaan laluan mesra OKU berkuasa elektrik bagi memudahkan pengguna kerusi roda naik dan turun dengan mudah.

 

 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Kebimbangan tersebut disuarakan selepas insiden kemalangan melibatkan sistem e-Palette yang…
Berita Global
Tiga unit e-Palette diberhentikan minggu lalu selepas salah satu darinya telah melanggar dan…