Terlalu ramai pakai Hummer? Cuba Rezvani Tank pula!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda mahukan sesuatu yang unik, pastinya anda mahukan sebuah kenderaan yang jarang digunakan orang.

Sifat "rare" itu memang wujud dan menjadi mainan mereka yang mampu. Atas dasar itulah Rezvani Motors wujud dan produk terbaharu syarikat yang berpengkalan di US ini ialah sebuah kenderaan lasak bernama Tankyang berharga cuma dalam lingkungan RM750,000 sahaja, tanpa cukai dan AP.

 

tank4

 

Dibina di atas platform Jeep Wrangler, Rezvani Tank menggunakan enjin Hemi 6.4 liter yang menghasilkan 500 hp. 

Sistem gantungan ditinggikan sehingga 6-inci dan sebagai pilihan optional, anda boleh memasang perlindungan kalis peluru.

tank 1

 

Tayar yang dipilih ialah Toyo Open Country M/T dengan diameter 37-inci dan selebar 13.5 inci.

Gandar Dynatrac ProRock 44/60 dengan locker elektrik diapungkan oleh sistem gantungan dengan penyerap hentak Fox.

tank5

 

Tank juga mempunyai barisan lampu LED, sistem head-up-display, kemasan kabin kulit sepenuhnya, pintu elektrik dan sistem penglihatan malam FLIR - teknologi "skodeng" tercanggih untuk sebuah kenderaan awam.

tank2

 

Apakah konsep sebenar Rezvani untuk Tank ini?

Menurut Rezvani, Tank ialah kenderaan tactical urban pertama yang dibina untuk orang awam.

Hmmm ... mungkin ini sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar yang sentiasa ada krisis.

 tank6

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda mengikuti perkembangan Rezvani, syarikat itu sering menghasilkan kenderaan dengan…
Berita Global
Pembuat supercar dari Amerika Syarikat, Rezvani Motors melancarkan model terbaharu mereka – Beast…