Terlalu percayakan Google Maps, 100 kereta terperangkap dalam padang lumpur!

oleh Mohamad Hanif|

Daripada rujukan kepada buku peta yang kita beli dari kedai buku, sehinggalah kepada sistem navigasi pemetaan yang kini boleh didapati di peranti pintar, ternyata teknologi memang memudahkan urusan seharian.

Namun, ada masanya kita mungkin akan menyumpah seranah apabila teknologi yang diharapkan bertukar menjadi teknologi yang menyusahkan.

Seperti mana yang berlaku di Colorado, Amerika Syarikat, kira-kira 100 buah kereta didapati terperangkap di sebuah padang berlumpur akibat terlalu mengikuti arahan daripada Google Maps. 

Terdapat satu kemalangan yang berlaku di Pena Boulevard, laluan utama di Colorado dan aplikasi dari Google itu mencadangkan laluan alternatif kepada mereka yang ingin menghala ke lapangan terbang antarabangsa Denver. 

Secara kebetulan, cuaca pada ketika itu menunjukkan hujan turun dan ia kemudian menukarkan laluan cadangan tersebut menjadi laluan yang berlumpur dan mampu menyekat laluan kenderaan. 

Kesannya, kira-kira 100 buah kenderaan terperangkap di jalan tersebut dan ramai orang terlepas penerbangan mereka pada hari kejadian. 

Menurut  laporan CNN, nasib baik menyebelahi seorang wanita, Connie Monsees di mana kenderaan beliau memiliki keupayaan pacuan semua roda dan mampu keluar dari jalan berlumpur tersebut seterusnya menghantar penumpangnya ke lapangan terbang dengan selamat. 

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Global
Ciri ini dikuasakan oleh model AI Gemini milik Google dan kini mula diperkenalkan kepada pengguna…
Berita Domestik
Tuju merupakan aplikasi yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Ia ditawarkan…
Berita Global
Selain berfungsi sebagai navigasi, ia turut menunjukkan informasi semasa tentang keadaan trafik…