Terlalu mudah dicuri, syarikat insurans di US saman Kia dan Hyundai

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berpuluh-puluh syarikat insurans dilaporkan telah memfailkan saman menuntut pembayaran balik bagi kos membaiki atau menggantikan kenderaan Hyundai dan Kia selepas kejadian kecurian besar-besaran melibatkan model kereta mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan beberapa model Hyundai dan Kia yang dijual di US sehingga tahun 2021 tidak dipasang dengan immobilizer, ia membolehkan pencuri hanya menggunakan kabel USB untuk mencuri kereta tersebut.

Disebabkan kerosakan dan kehilangan yang terlalu banyak perlu ditanggung, syarikat insurans menuntut bayaran semula dari Hyundai dan Kia untuk pembaikan kerosakan dan kereta yang telah dicuri serta tidak dapat dipulihkan.

Menurut laporan Automotive News, lebih 60 syarikat penanggung insurans kereta perlu menanggung bayaran sebanyak USD190 juta (RM864 juta), dan dijangka melonjak sehingga melebihi USD300 juta (RM1.3 billion).

Gelombang jenayah yang melanda US itu dikatakan telah didorong oleh pengaruh media sosial, dimana industri insurans US telah mengalami kerugian sehingga USD600 juta (RM2.7 billion).

 

2

 

Berdasarkan tuntutan mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah US di Orange County, California pada Mac lepas, kos bagi menanggung kerosakan tingkap dan tengkuk stereng disebabkan cubaan mencuri sahaja telah mencecah USD3,000 (RM13,6444).

Kes mahkamah turut menambah bahawa jika kereta yang dicuri itu digunakan untuk merosakkan harta benda awam, kos bagi menanggungnya meningkat sehingga USD10,000 (RM45,480), dimana jumlah kerugian boleh mencecah USD20,000 (RM90,960).

Bagi mengatasi gelombang kecurian tersebut, Hyundai dan Kia telah mengeluarkan kemas kini perisian terhadap model yang terjejas, dimana ia melibatkan model yang dibuat antara tahun 2011 hingga 2021 dengan kunci tradisional.

Kemas kini tersebut mengaktifkan ciri "mematikan pencucuhan" selepas kereta dikunci, panjang bunyi penggera juga telah ditingkatkan daripada 30 saat kepada satu minit, dan pemilik perlu menggunakan fob untuk membuka kunci kereta bagi membolehkan kunci itu menghidupkan enjin.

 

Sumber: Automotive News

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…